web analytics

Mazda Demio Diperlihatkan – Bakal Hadir Sebagai 2015 Mazda 2 Untuk Pasaran Global

2014 Mazda2 demio 01 Mazda Demio Diperlihatkan   Bakal Hadir Sebagai 2015 Mazda 2 Untuk Pasaran Global

Mazda baru-baru ini telah memperkenalkan salah satu model baru keluaran mereka, iaitu Mazda Demio di Jepun. Model tersebut bakal dipasarkan sebagai Mazda2 2015 untuk pasaran global tidak lama lagi.

Mazda Demio hadir dengan enjin 1.3-liter Skyactiv-G, dan turut dilengkapi dengan sokongan teknologi penjimatan minyak. Disamping versi yang menggunakan petrol, untuk pasaran Jepun, versi enjin 1.5-liter Skyactiv-D yang menggunakan diesel juga akan ditawarkan. [Read more...]

Kereta Model EEV Bakal Hadir Daripada Perodua Sebelum Penghujung Tahun 2014

perodua ramadhan Kereta Model EEV Bakal Hadir Daripada Perodua Sebelum Penghujung Tahun 2014

Dengan pelbagai kereta yang ditawarkan di pasaran hari ini, salah satu kriteria yang dicari-cari pengguna adalah kenderaan cekap tenaga (EEV). Bercakap mengenainya ketika majlus berbuka puasa, pihak Perodua mengatakan model pertama EEV daripada mereka akan hadir ke pasaran sebelum hari natal ini. [Read more...]

Honda Jazz 2014 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM73k

honda jazz 2014 01 Honda Jazz 2014 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia   Harga Bermula RM73k

Honda hari ini secara rasminya telah melancarkan kereta terbaru mereka – Honda Jazz 2014 untuk pasaran tempatan, yang mana hadir dalam tiga variasi – iaitu Gred S, Gred E, dan juga Gred V.

Gred S dilihat sebagai model berspesifikasi asas, dan ditawarkan pada harga RM72,800, sementara model Gred E pada harga RM79,800, dan akhir sekali model berspesifikasi tinggi Gred V ditawarkan pada harga RM87,800. [Read more...]

Proton Hadir Dengan Dua Variasi Baru – Saga Executive Dan Persona Executive

Proton hari ini telah memperkenalkan dua variasi baru untuk kenderaan mereka yang mana menerima kemaskini kosmetik dan ditujukan kepada pasaran pengguna muda, iaitu Saga Executive dan juga Persona Executive.

proton saga flx executive Proton Hadir Dengan Dua Variasi Baru   Saga Executive Dan Persona Executive

Proton Saga Executive merupakan variasi dibawah versi Saga SE, dimana ia hadir dengan kemaskini pada rekaan kit badan, kemasan pada corong penghawa dingin dan panel konsol tengah, serta tempat duduk dengan balutan kulit. Proton turut melengkapkan Saga Executive ini dengan beberapa penambahan lain, termasuk sokongan audio dengan sambungan Bluetooth dan juga mikrofon untuk menjawab panggilan. [Read more...]

Puspakom Menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Bersempena Aidilfitri

puspakom Puspakom Menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma Bersempena AidilfitriBersempena dengan musim perayaan dan cuti yang bakal menjelang tiba, pihak Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma bermula daripada 26 Julai ini.

Untuk menyertainya, pengguna hanya perlu membuat temu janji dengan pihak Puspakom (1800886927), dan seterusnya membawa kenderaan mereka untuk diperiksa.

Melalui pemeriksaan percuma ini, pihak Puspakom akan memfokuskan kepada lapan perkara, termasuk identiti kenderaan, buangan kenderaan, brek, penjajaran tayar, suspension, dan juga cermin tinted.

Bagi anda yang ingin membuat perjalanan jauh ketika cuti Aidilfitri kelak, mungkin boleh mengambil peluang ini dalam memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat sebelum memulakan perjalanan.